7 Habits of Highly Effective Muslim – Ringkasan
Presiden Bill Clinton menilai bahawa daya saing bangsa Amerika
mulai tergeser oleh bangsa Jepun dan negara-negara industri baru di Asia.
Salah
satu cara untuk mengembalikan keunggulan bangsa Amerika menurut Presiden
Clinton adalah dengan menerapkan “The Seven Habits of Highly Effective
People”
Jika
bangsa Amerika saja yang sudah maju mahu belajar dari Steven R.Covey, pasti ada
hikmahnya bila kita juga mahu mempelajari 7 kebiasaan Covey. Bukankah
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Hikmah itu milik orang Islam, di mana pun
kamu mendapatkannya ambillah.” Apakah kebiasaan itu?. Kebiasaan adalah
pertemuan antara ‘knowledge’ [pengetahuan], ‘skill’ [keterampilan] dan ‘desire’
[keinginan]. Menghentikan kebiasaan merokok misalnya, tidak cukup dengan
memilikki pengetahuan tentang terdapatnya hubungan negatif antara merokok
dengan kesihatan dan mengetahui cara berhenti merokok. Kalau hanya ‘knowlegde’
dan ‘skill diperlukan, tentu tidak ada lagi doktor yang merokok. Mengubah
kebiasaan mensyaratkan ketiganya. Berikut adalah 7 kebiasaan manusia
yang sangat efektif.
1. Habit #1: Be Proactive
o Proaktif bukan sekadar
berinisiatif. Proaktif beerti suatu keyakinan bahawa apa pun yang kita perolehi
dalam hidup merupakan akibat pilihan respons kita sendiri. Kebiasaan pertama
merupakan kesedaran bahawa antara stimulus dan respons terdapat ‘freedom to
choose’. Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d 13:11, “Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan
diri mereka sendiri”.
o Ramai
orang berfikir bahawa ketidakbahagiaan mereka disebabkan kerana apa yang
terjadi pada diri mereka. Padahal yang sebenarnya adalah kerana cara mereka
memberi makna atas apa yang terjadi.
o Selalu
ada pilihan untuk bereaksi secara positif terhadap situasi yang negatif.
o Kemampuan
untuk memilih respons seperti yang dikemukakan di atas, merupakan fungsi dari
kemampuan kita memanfaatkan kurnia Allah berupa Furqan [ berupa Al-Quran yang
membezakan antara respons yang haq dan yang batil], ‘independent will’ [kehendak
bebas], ‘self awareness’ [kesedaran diri], ‘conscience’[kata hati] dan
‘imagination’ [imaginasi].
o Dengan
kata lain, kitalah yang memprogramkan kehidupan kita sendiri.
2. Habit #2: Begin With the End in Mind
o Bermula
dari Dalam Fikiran
o Miliki
maksud jelas apa yang penting dan tidak serta menggariskan matlamat dan tujuan
utama kehidupan kita bagi mengarahkan peta kehidupan – Personal Mission
Statement.
o Kebiasaan
kedua adalah kebiasaan memiliki visi, misi dan tujuan. Kebiasaan ini
menunjukkan arah dan cara menjalani hidup serta menentukan hal-hal yang penting
dalam hidup. Islam mengajar pentingnya goal setting ketika Rasulullah
Sallallahu alaihi wa sallam menyatakan setiap perbuatan yang tergantung
niatnya. Kebiasaan bermula dan berakhir dalam fikiran mengajar agar kita
menulis matlamat kita.
3. Habit #3: Put First Thing First
o Mendahulukan
yang utama merupakan kebiasaan yang menuntut integritas, disiplin dan komitmen.
Allah berfirman dalam surah Al Mukminun 23:1-3: “Sungguh berhasil
orang-orang mukmin, iaitu orang –orang yang khusyu’ dalam solat mereka dan
orang-orang yang berpaling dari perbuatan dan percakapan yang sia-sia”.
o Dan
dalam surah Al ‘Asr 103:1-3: “Demi masa sesungguhnya manusia dalam
kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh, saling berpesan dengan
kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran”.
o Juga
dalam surah Al Insyirah 94:7-8: “Maka apabila engkau telah selesai
[dari suatu urusan], maka kerjakanlah [urusan lain] dengan bersungguh-sungguh
dan kepada Tuhanmulah kamu berharap”.
o Kebiasaan
ketiga menekankan pentingnya memanfaatkan waktu.
4. Habit #4: Think Win-Win
o Bina
pasukan yang memangkin penyelesaian dan faedah bersama, menerusi perkongsian
tanggungjawab, rasa hormat, serta memahami keutamaan sejagat.
o Mencari
mutual benefit dalam semua interaksi dengan manusia. Principle-based behavior
atau mungkin saya boleh simpulkan sebagai ummatic centric.
o Berfikir
menang-menang berasal dari karakter yang dicirikan dengan kejujuran [menyesuaikan
kata dengan perbuatan], integriti [menyesuaikan perbuatan
dengan kata], kematangan [keseimbangan antara ketegasan dan
toleransi], dan mentaliti kelimpahan [keyakinan bahawa kurnia Allah tersedia
tanpa batas bagi sesiapapun yang mengikuti sunnatullah atau ‘causality law’].
5. Habit #5: Seek First to understand, Then to Be understoo
o Memahirkan
diri dengan skil berkomunikasi efektif yang membawa kepada pengaruh dan
penyelesaian masalah.
1. Evaluating:
You judge and then either agree or disagree.
2. Probing:
You ask questions from your own frame of reference.
3. Advising:
You give counsel, advice, and solutions to problems.
4. Interpreting:
You analyze others’ motives and behaviors based on your own experiences.
o Kebiasaan
kelima menunjukkan bahawa “the secret of living is giving” [rahsia kehidupan
adalah memberi]. Rasulullah Saw bersabda bahawa tangan di atas lebih mulia
daripada tangan yang di bawah. Allah berfirman dalam surah Az Zalzalah
99:7-8, “ Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan
menerima balasannya dan barang siapa mengerjakan keburukan seberat zarah,
nescaya dia akan menerima balasannya ” dan dalam surah Ar Rahman
55:60-61 “ Tiadalah balasan kebaikan, melainkan kebaikan pula, maka
nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ”. Juga dalam surah Al
Baqarah 2:261, “ perumpamaan orang yang memberi di jalan Allah, adalah
seumpama sebuah biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai berisi
seratus biji, dan Allah melipatgandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan
Allah Maha Luas [ kurnia-Nya ] lagi Maha Mengetahui.
6. Habit #6: Synergise
o Menilai
dan meraikan perbezaan antara dua pihak dan perkara serta memahami bagaimana
perbezaan itu boleh menyumbang kepada inovasi dan idea penyelesaian yang bijak.
o Wujudkan Sinergi bermaksud
“two heads are better than one” – dua otak atau fikiran lebih bagus daripada
satu.
o Bersinergi
bererti keseluruhan lebih bernilai daripada jumlah bahagian-bahagiannya.
Mengenai pentingnya bersinergi, Khalifah Umar bin Khattab pernah berujar bahawa
‘kejahatan yang terancang dapat mengalahkan kebaikan yang tidak terancang’.
o Yang
harus diingat adalah agar dapat bersinergi setiap anggota memiliki lima
kebiasaan di atas iaitu proaktif, bermula dan berakhir dalam fikiran, dahulukan
yang utama, berfikir menang-menang dan berusaha memahami dahulu baru difahami.
o Allah
Subhanahu wa taala mengingatkan agar kita hanya bersinergi dalam melakukan
kebaikan bukan dalam berbuat dosa dan permusuhan. [Al Maidah 5:2]
7. Habit #7: Sharpen The Saw
o Sharpen
the Saw – Asah Gergaji bermaksud mengekalkan dan meningkatkan
keupayaan asset sedia ada iaitu – diri kita sendiri.
o Fizikal: Makanan berkhasiat,
bersenam, dan berehat.
o Sosial/Emosional: Wujudkan hubungan
sosial yang bermakna dan bermanfaat dengan orang lain.
o Mental: Belajar sesuatu,
membaca, menulis, dan mengajar.
o Spiritual: Menggunakan masa sebaiknya,
berkarya, berdoa, solat dan membantu golongan yang memerlukan serta dekat
dengan masyarakat melalui badan pertubuhan amal anjuran kerajaan atau bukan.
o Rasulullah
mengajar agar kita terus mengasah gergaji fizik, mental, sosial / emosional,
dan spiritual ketika beliau bersabda: “Orang Islam adalah orang yang begitu
sibuk memperbaiki diri, sehingga tidak memiliki waktu lapang untuk mencari-cari
aib orang lain. Orang Islam adalah orang yang hari ini lebih baik daripada
kelmarin dan hari esok lebih baik darihari ini. Amal perbuatan yang paling
disukai Allah adalah amal yang dilakukan terus-menerus walaupun sedikit ”.






