Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekian lama aku tak post entri di blog. Nampaknya ramadhan kali ini memberi barakahnya untuk aku promosikan hartanah yang ingin aku jual dan jadi satu platform untuk aku merancang modal yang lebih besar pada masa akan datang. Sebenarnya bidang hartanah ini terlalu lama aku observe dan hasil ketekunan , maka terdapat beberapa hartanah aku miliki dan amat berpotensi untuk dijual atau dijadikan aset. Hartanah pertama adalah sebuah apartment di taman permatang sintok kepala batas. Sangat menarik kerana kedudukan ditingkat pertama blok B dan merupakan unit hujung. Harga Rm 85,000. Kepada yang tengah cari rumah under 100K elok contact aku sebab kawasan kepala batas sekarang amat susah untuk memperolehi hartanah yang berharga 100k kebawah. Apartment antara yang terbaik untuk dibeli dan dijadikan rumah sendiri. Buat masa sekarang rumah tersebut akusewakan pada kawan aku dengan kadar sewa Rm350. Harga kawan-kawan. Anyway pilihan ditangan sahabat sekalian. Kalau minat aku boleh dihubungi ditalian 0195778744 @ 0133998744.

No comments:
Post a Comment